@Eja Abby

im Used To Be Alone

Assalamualaikum


" I'm used to be hurted,but Allah is always being fair.Maybe i'll find some happiness one day "






Selamat Tinggal Ayah}
7/30/13 | 6:36 AM | 0Comment


Assalamualaikum to all bloggers and readers.30/7/13,ayah pergi meninggalkan semua orang yang ayah sayang kat dunia ni.Ayah,kalau kakak diberi peluang untuk putar masa balik,kakak nak spend time dengan ibu n ayah,kakak nak buat ayah n ibu happy.Kakak nak peluk ayah lama-lama.Kakak rindu mata perang ayah,kakak rindu nak gelak dengan ayah.Tapi,Allah lebih sayangkan ayah.

29/7/13
Lepas sekolah terus kakak datang hospital nak jaga ayah,kesian ibu penat jaga ayah seharian.Tapi harini ayah lain sikit.Ayah asyik tidur je.Kalau kakak panggil ayah pun,ayah macam tak sedar je.Harini banyak kali ayah makan,biasanya berapa suap je kan?Tapi harini habis satu mangkuk nestum kakak buat.Kakak happylah tengok ayah berselera makan.Lepas makan akak lap badan ayah.Sampai pukul 6 setengah ibu datang.

Pastu,akak n ibu kemas-kemas ayah.Tiba-tiba nampak ayah macam tercungap-cungap,sebab ayah tanggal oxygen tu kan.Dah pasang oxygen,akak n ibu buka puasa.Ayah pandang je akak n ibu kan?Kakak nampak.Lepas buka,kakak cium tangan n dahi ayah.Rasa macam nak jaga je ayah malam tu.Tapi esok kakak nak sekolah,jadi ibu suruh balik

0200,30/7/13
Baru nak lelap mata,Maklang datang goyang-goyangkan kaki kakak,Maklang nangis-nangis n cakap ayah dah takde.Masa tu hati akak rasa nak gugur yah.Akak rasa souless masa tu.Pastu,lepas sahur jenazah ayah pun sampai,kakak usap kepala ayah macam mana akak selalu buat masa dekat hospital dulu.Alhamdulillah,perjalanan ayah ke sana berjalan lancar tanpa halangan.

Al-Fatihah buat ayah saya,SABRI BIN NORDIN.Semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman.